Isnin, 22 November 2010

untukmu palestin...

Ya Allah!
Kami malu menadah tangan memohon bantuan dan kemenangan yang Kau janjikan
dengan dosa dan maksiat yang kami lakukan pada-Mu dalam terang dan sunyi.
Tetapi Ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz,
bagai terdengar-dengar rintihan keluarga kami di sana ya Allah.
Hati kami menangis bersama mereka,
masjid, sekolah, dan rumah mereka diserang jet pejuang dan kereta kebal,
bom digugurkan laksana hujan asid,
namun tangan kami tak terdaya memeluk menenangkan mereka,
menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.
Ya Allah, Perkuatkanlah keluarga kami yang sedang dipatah-patahkan tulang belulang mereka,
Kasihanilah keluarga kami yang lemah ditindas, dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”
Perkenanlah doa kami ya Allah..!


“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhada dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim”
(Ali Imran : 139-140).

1 ulasan:

  1. YA ALLAH ..YA TUHANKU...
    bilakah palestin akn bebas dari kezaliman.. .
    YA ALLAH ENGKAU bantulah mereka dan umat islam
    dengan bantuan tenteraMU

    BalasPadam

yang menarik di sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...