Jumaat, 24 Jun 2011

MU'AZAH

MU'AZAH iaitu perempuan Abdullah bin Ubay bin Salul. kehidupannya merupakan cerminan perlaksanaan janji setia dan bai'at, walaupun ia seorang hamba sahaya perempuan. ketika memeluk islam dan berbai'at dia masih berstatus hamba sahaya.

Abdullah bin Ubay mempunyai seorang tawanan, lalu ia memaksa dan memukul Mu'azah agar berbuat zina dengan tawanan itu agar Mu'azah hamil. tujuannya adalah agar dia memperoleh tebusan dari tawanan tersebut. tebusan inilah yang dimaksudkan dengan "aradh" dalam firman Allah surah An Nur ayat 33. firman Allah bermaksud 
  "kerana kamu hendak mencari aradh atau keuntungan dunia..."
                                                                                                                                       (An-Nur:33) 
sebagai seorang muslimah, maka Mu'azah tidak mahu melakukan pekara tersebut. Az-Zuhri berkata: " Mu'azah adalah wanita muslimah yang utama, lalu Allah menurunkan Ayat yang bermaksud : " Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba perempuan melakukan pelacuran".

kemudian Mu'azah dimerdekakan dan setelah itu kahwin dengan Shal bin Qirthah. Sesungguhnya keimanannya telah memenuhi jiwanya yang paling dalam. maka ia tetap memelihara dirinya dari melakukan pekerjaan haram . Dia tidak mahu di paksa walaupun dia seorang hamba sahaya . ia tidak mahu melakukan pekerjaan yang tercela lantaran keimanan yang ada di dalam hatinya .

Dia menjadi teladan untuk wanita muslimah dalam memelihara diri dan kehormatan. Dia tetap dalam istiqamah walaupun berada dalam lingkungan orang-orang musyrik dan kafir. Mu'azah memikul penderitaan dan seksaan dengan penuh ketabahan dan kesabaran, bahkan dia berani menentang majikannya dalam menjaga kesucian dan kehormatannya .
'
Oleh sebab itu kaum wanita terutama remaja pada zaman ini hendaklah mengambil contoh dan teladan melalui kehidupan Mu'azah ini . Kerana Suasana lingkungan dan persekitaran kita sentiasa mengajak kaum wanita melakukan pekerjaan yang di larang oleh Islam. semuanya itu hanya mengundang kemaksiatan yang akan menjatuhkan nilai dan martabat wanita sendiri. 

by : Himpunan kisah wanita syurga  (1001 Mutiara)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yang menarik di sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...