Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

Memori Di Bumi Kelantan...

"Ilmu itu adalah cahaya.Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia, bertindak sebagai lampu suluh penerang kehidupan"


  saya pernah bersekolah di negeri kelantan lebih kurang setahun..setahun jek he33.. . di negeri inilah saya melihat dan berjumpa dengan dato nik aziz nik mat dan ustazah/kak fatimah syarha.secara dekat dan real**. bukan pada foto atau di ditelevisyen.. .
saya dapat melihat nik aziz secara dekat di satu majlis yg diadakan di tempat ana bersekolah . xigt la mase tu wt majlis ape.. xthu la majlis malidur rasul ke,penyampaian  hadiah..tpi enthle...dh xigt sbb ia dh berlalu dalam 3 dh nk masuk 4 tahun. majlis tu di di buat secara meriah walaupun xmewah he3... tapi best44.. yg ana igt, dato nik aziz di sambut dengan aluan kompang dan pasukan polis/kawat wat pembarisan dan ade beberapa aktivti/program laen yg dibuat untuk mengisi majlis itu. tulah firt time ana dapat lihat dato nik aziz seara real.
first time melihat kak fatimah syarha semasa k.fatimah syarha datang ke tempat ana bersama2 sahabat ana serta budak kelantan tinggal (hostel).kak fatimah datang dengan berteman.. mgkin shabat sekuliah@seuniversiti@sekerja he3..xthu mana yg tepat hu3. xsilap namanya kak mumtazah. sebelum nie xpenah mengenali dan xpenah dengar tentang penulis novel "tautan hati" ini. kami di ajak bernasyid ramai3 lagu 'demi matahari' dan kak fatimah ade juga memberi sedikit tazkirah. ana rasa terkesan dengan tazkirah yg diberi walaupun pendek kerana masa yg terlalu singkat..mase kak fatimah syarha sedang memberi tazkirah.. ana sempat menilik wajah dan gaya beliau he3..di situ saya dapat simpulkan tentang kak fatimah. syarha..Subnaallah.. , akhlak beliau sangat cantik.. dan ana melihat cintanya kepada ALLAH dan Rasul sangat3 tinggi dan mendalam. memang kagum dengan kak fatimah syarha serta sahabat k.fatimah syarha . ana bukan apa, ana kagum dan terkesan dengan akhlak dan cinta kepada ALLAH dan Rasul amat mendalam yang ditunjukkan beliau.. selain itu kak fatimah juga ade mempromot buku novel hasil penulisannya. tapi kene order dulu.. lepas salam2, kak fatimah dan sahabatnya pulang. xsilap hanya salah sorang kawan ana yg beli.xthu ade kawan laen yg beli. ana pinjam je hehe3333. novel yg ana dah bace hasil penulisan kak fatimah syarha iatu tautan hati,syabab dan mawar berduri.tu je kot he3.. jalan cerita dalam novel syabab tu sedih jugak..tautan hati  pulak byk pengajaran yg kita boleh ambil..
Dato nik aziz dan kak /ustazah fatimah syarha boleh di jadikan ikon untuk buat di luar sana xkira dari remaja owg dewasa dan owg tua. mungkin ramai lagi yg di luar boleh dijadikan ikon seperti ustazah norbahyah dan lain3 tapi ana xthu nama. .xngafal nma2,tgk muka je.igat bape owg  jer.  contoh teladan yang paling agung dan terbaik. ialah kekasih ALLAH iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. akhlaknya terlalu sempurna. cintaNYA dan ketaanNYA  kepada ALLAH mmang xterungkap. Tamatlah alkisahnya di sini..he4. xthu nk tulis ape agi..wassalam



Selasa, 1 Mac 2011

Amalan Mulia Isteri Rasulullah

Isteri Nabi yang paling banyak sedekahnya

Zainab binti Jahsy adalah putri dari bibi Rasulullah yang bernama
Umaymah binti Abdul Muthalib bin Hasyim. Zainab adalah seorang wanita
yang cantik jelita dari kaum bangsawan yang terhormat. Dipandang dari
ayahnya, Zainab adalah keturunan suku Faras yang berdarah bangsawan
tinggi.

Ia dinikahkan Rasulullah dengan anak angkat kesayangannya Zaid bin
Haritsah. Tetapi pernikahan itu tidak berlangsung lama, mereka
akhirnya bercerai. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W
untuk menikahi Zainab. "Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan
terhadap isterinya ( menceraikannya ). Kami kawinkan kamu dengan dia
supaya tidak Ada keberatan bagi orang mu`min untuk ( mengahwini )
isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu
telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adapun
ketetapan Allah itu pasti terjadi." (Q.S.33:37 )

Bukhori meriwayatkan dari Anas, Zainab sering berkata, "Aku berbeza
dari isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang lainnya. Mereka dikahwinkan
oleh ayahnya, atau saudaranya, atau keluarganya, tetapi aku
dikahwinkan Allah dari langit."
Zainab adalah seorang wanita berhati lembut Dan penuh kasih sayang,
suka menolong fakir miskin Dan kaum lemah. Dia senang sekali memberi
sedekah, terutama kepada anak yatim.

Rasulullah pernah bersabda kepada isterinya, "Yang paling dahulu
menyusulku kelak adalah yang paling murah tangannya." Maka
berlumba-lumbalah isteri beliau memberikan sedekah kepada fakir
miskin. Namun tak Ada yang bisa mengalahkan Zainab dalam memberikan
sedekah. Dari Aisyah r.a berkata, "Zainab binti Jahsy adalah seorang
dari isteri-isteri Nabi yang aku muliakan. Allah S.W.T menjaganya
dengan ketaqwaan Dan saMengapa?, apakah kerana Rasulullah memberikan belanja yang lebih
terhadap Zainab ? Tidak, Rasulullah S.A.W tidak pernah berbuat seperti
itu. Lalu dari manakah Zainab mendapatkan Wang untuk sedekah ? Ia
memiliki berbagai macam keahlian. Ia bisa menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutra, hasilnya dijual Dan disedekahkan. Hal itulah
yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini bersedekah lebih
banyak dari yang lainnya.
ya belum pernah melihat wanita yang lebih baik
Dan lebih banyak sedekahnya Dan selalu menyambung silaturahim Dan
selalu mendekatkan dirinya kepada Allah selain Zainab."

Mengapa?, apakah kerana Rasulullah memberikan belanja yang lebih
terhadap Zainab ? Tidak, Rasulullah S.A.W tidak pernah berbuat seperti
itu. Lalu dari manakah Zainab mendapatkan Wang untuk sedekah ? Ia
memiliki berbagai macam keahlian. Ia bisa menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutra, hasilnya dijual Dan disedekahkan. Hal itulah
yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini bersedekah lebih
banyak dari yang lainnya.

Setelah Rasulullah wafat, Zainab memperbanyak usahanya, agar bisa
melipat gandakan uang yang diterimanya. Ketika IA mendapat bagian
harta dari Baitul Mal dimasa khalifah Umar r.a dia berdoa, "Ya Allah
janganlah harta ini penyebab fitnah." Segera IA bagikan harta itu
kepada yatim piatu Dan fakir miskin. Mendengar itu Umar r.a mengirim
lagi, tetapi Zainab membagi - bagikannya lagi kepada yatim piatu Dan
fakir miskin. Wanita pemurah itu wafat pada tahun 44H pada masa
Khalifah Muawiyah. Wallahu a`lam.

( Disarikan dari Shifatush Shofwah, Ibnu Jauzi Dan Qishhshu An-Nisa If
Al Qur`an Al-Karim, Jabir Asyyaal )

hassan al banna -tokoh pejuang islam...






Berbicara perihal mujahid,mujadid,murabbi ini  terasa kerdil pula diri ini. Lebih-lebih pula berbicara tentang perjuangan As-Syahid Imam Hassan Al-Bana, siapa yang tidak kenal dengan beliau. Mujahid rasa pasti ramai dari kita yang duduk dalam jemaah islam menjadikan beliau sebagai idola. Seorang Mujahid terulang kurun ke 20. As-Syahid merupakan salah seorang ikon dan tokoh ana. Kisah perjuangan beliau, sikap beliau, tutur cara beliau dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah sentiasa di dengari dari bibir naqib dalam usrah. Indah sekali kisah perjuangan beliau.


Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. 

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.




Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British
 
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian.


Jatuhnya zaman Khilafah pada tahun 1924, ini merupakan satu tamparan hebat bagi umat islam. Sejak dari itu islam mula dihina. Sistem ekonomi, sisitem perundangan islam tidak boleh diguna lagi. Siapa dalang di sebalik kejatuhan Khilafah ini. Pernah kenal nama lelaki ini "Mustafa kamal Antartuk Laknatullah". Dia telah berskongkol dgn dunia barat untuk menjatuhkan Islam. Selepas dari itu tanah jajahan British terdiri daripada semenanjung tanah arab dan tanah Hijjaz mula dipecahkan. Tiada lagi sistem khilafah islam selepas dari itu.
Kejadian ini juga menyebabkan jatuhnya Tanah Palastin ke tangan gologan bani Israel.
Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah Rasul-Nya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaran-Nya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Antara ciri-ciri seorang mujaddid ialah perjuangannya amat berlainan dengan taifah-taifah yang sezaman dengannya, dia membawa minda perjuangan Islam yang baru- yang belum pernah ada sebelum itu, perjuangannya zahir di awal kurun Hijrah, perjuangannya merebak begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia Islam, mendapat tentangan yang hebat pada mulanya walaupun dari dalam dunia Islam sendiri, dibantu dengan karamah dan lain-lain. 

Ternyata umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma?thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. 

Hassan Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain. 

As-Syahid Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda'wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah? Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke-15 Hijrah, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la?natullah. Yang mempunyai jiwa Muhammad Al Fateh, yang memiliki peribadi Nabi, yang berwatak Rasul, yang berminda Al Ghazali, yang setertib Umar Abdul Aziz.



Jumaat, 24 Disember 2010

"Kisah Rasulullah S.A.W. dan Si Pengemis Buta"


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah S.A.W. menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah S.A.W..

Rasulullah S.A.W. melakukan hal ini setiap hari hingga beliau (S.A.W.) wafat (meninggal dunia).

Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. yakni Sayidina Abu Bakar R.A. berkunjung ke rumah anaknya iaitu Saiyidatina Aisyah R.A.H. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah S.A.W. dan beliau bertanya kepada anaknya itu.

“Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Siti Aisyah R.A.H. menjawab, “Wahai Ayah, engkau adalah seorang ‘ahli sunnah’ dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum Ayah lakukan kecuali satu sahaja.”
“Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar R.A.
“Setiap pagi Rasulullah S.A.W. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana,” kata Aisyah R.A.H.

Keesokan harinya Saiyidina Abu Bakar R.A. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar R.A. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar R.A. mulai menyuapinya, si pengemis buta itu marah sambil mengherdik, “Siapakah kamu?!”

Abu Bakar R.A. menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).”

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu.
“Apabila ia datang kepadaku tidak susah (sukar) tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.. Beliau adalah Nabi Muhammad Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassallam..”.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar R.A., dan kemudian berkata,
“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya ‘bersyahadah’ di hadapan Saiyidina Abu Bakar R.A., saat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang Muslim.

Untuk saya dan saudara dan saudariku yang dihormati lagi dikasihi:

Nah, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.? Atau adakah setidaknya berniat untuk meneladani Rasulullah s.a.w. dan berusaha mengamalkan sunnahnya..? Insya-Allah Ta'ala. Beliau, Baginda Rasulullah S.A.W. adalah ‘ahsanul akhlaq’ (semulia-mulia akhlak) dan sebaik-baik contoh tauladan yang wajib diikuti.

subhanallah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.) Maksud Hadith Nabi s.a.w.: "Takkan sempurna iman kamu sekiranya bukan aku (Rasulullah s.a.w) orang yang lebih dikasihi melebihi, keluarganya, seluruh manusia dan dirinya sendiri." - Hadis Shahih riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim (Lihat Syarah Muslim)

2.) Pada suatu hari sedang Baginda Rasulullah s.a.w. dan beberapa sahabatnya sedang berlalu, seorang Arab Badwi padang pasir mendatangi Baginda lalu bertanya, "Ya Rasulullah, bilakah kiamat?" Nabi s.a.w. tidak menjawab soalan itu tetapi Baginda kemukakan balik satu soalan yang lebih penting daripada soalan orang badwi itu.

Rasulullah s.a.w. bertanya balik kepadanya: "Apakah yang engkau telah persiapkan untuknya (kiamat itu)?"

Orang badwi itu menjawab: "Saya tidak menyiapkan sembahyang dan puasa yang banyak...."
Maksudnya, dia tetap menjaga/mengerjakan ibadah-ibadah yang difardukan tetapi ibadah yang sunat-sunat agak kurang.

Orang badwi itu menyambung, "Yang aku ada (persediaan untuk hari akhirat) ialah.., aku amat cinta pada Allah.. dan aku amat cinta pada Rasul-Nya (s.a.w.).".

Junjungan mulia Nabi Saiyidina Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia itu akan bersama-sama dengan siapa yang dia cintainya nanti di hari akhirat".

- Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim juga.

Isnin, 20 Disember 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki ??

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan 

dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Rabu, 17 November 2010

< TeRtUtUP itU lEbiH iNdAH >

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )

LIHAT PANDANGAN FATIMAH SYARHA

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
WALLAHUA'LAM..

BY..

Sarahah Rahman Mawar Berduri

yang menarik di sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...