Memaparkan catatan dengan label Kisah dan Tauladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah dan Tauladan. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Kisah lima perkara aneh


                        Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.  Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.  Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.  Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Anjing-anjing neraka
                        Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. 
· Bacalah Al-Quran 
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. 
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. 
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. 
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. 
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. 
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. 
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 

                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Khamis, 14 April 2011

Niat Taubat Menukar Arak menjadi Madu


Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. 
                      Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar. 
Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! " 

AnjINg2 NeRaKA.....

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T. .

Isnin, 4 April 2011

EJEKAN YANG MEMBAWA NIKMAT

Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.
Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya, ‘’ mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?

‘’ Yah, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad.


Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengadu.

Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata, ‘’ Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang pantas bagimu.

Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba’’, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.
Siapakah Miqdad bin Aswad? Dia seorang perwira Islam yang gagah berani, yang pada tahun 640 M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1,000 orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.

KHALIFAH YANG MISTERI


Pada suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir kota Madinah.

‘’ Malam ini akan ada serombongan kafilah yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan pulang,’’ kata Khalifah Umar kepada Abdurrahman bin Auf.

‘’ Lalu maksud anda bagaimana?’’ Tanya Abdurrahman.

‘’ Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus mengawal mereka,’’ sahut Khalifah.

Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana? Ternyata lain dengan yang diduganya semula.

Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin Khattab berkata padanya. ‘’ Abdurrahman… kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga. Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan? ‘’

Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak diceritakan. Tetapi yang terang, Khalifah Umar bin Khattab betul betul menjadi ‘ penjaga malam ‘.
Khalifah Umar bin Khattab memang seorang pemimpin yang suka melakukan perbuatan-perbuatan yang aneh. Bahkan sering mengerjakan perbuatan yang baik secara diam-diam. Akibatnya, orang yang ditolongnya tidak tahu, bahawa penolongnya adakah khalifah yang mereka cintai.

Suatu malam Auza’iy pernah ‘memergoki’ Khalifah Umar masuk rumah seseorang. Ketika keesokan harinya dia datang ke rumah itu, ternyata penghuninya seorang janda tua yang buta dan sedang menderita sakit. Janda itu mengatakan, bahawa tiap malam ada orang yang datang ke rumahnya untuk mengirim makanan dan ubat-ubatan. Tetapi siapakah nama orang itu, janda tua itu tidak tahu ! Padahal orang yang tiap malam datang ke rumahnya, adalah khalifah yang mereka kagumi.

Suatu malam Khalifah Umar berjalan-jalan di pinggir kota. Tiba-tiba didengarnya rintihan seorang wanita dari dalam sebuah khemah yang kumal. Ternyata yang merintih itu seorang wanita yang mahu melahirkan . Di sampingnya, duduk suaminya yang kebingungan. Maka pulanglah Khalifah ke rumahnya untuk membawa isterinya, Ummu Kalsum untuk menolong wanita yang akan melahirkan anak itu.

Tetapi wanita yang ditolongnya itu pun tidak tahu … bahawa orang yang menolongnya dirinya adalah Khalifah Umar, Amirul Mukminin yang mereka cintai.

kagum dengan sifat khalifah umar..,, xpernah menunjuk2 dengan kebaikan yg dibuat.. semoga kita dapat mencontohi sifat2 yg ade pada diri khalifah umar . walaupun pernah tercatat sejarah bahawa sebelum masuk islam beliau adalah seorang yang bengis dan siapa yg menentangnya akan dibunuhnya..siapa sangka  ..selepas memeluk islam ... saidina umar antara owg yg di jamin syurga .      

yang menarik di sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...