Bacalah Dengan Mata Hati... Kamu akan Mendapat Sesuatu ~ Rindunya Rasulluallah s.a.w kepada kita... (ummatnya)
Sebuah kisah seorang insan yang terpilih untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W..walau hanya dalam mimpinya..bertuahnya beliau..dan ianya kan pasti menjadi inspirasi untukku..
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari
Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh
ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi
pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama
itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan
menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya
daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam
hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah
ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi
harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak
ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun
yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian
belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak
8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya
hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya
ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi...
Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya
diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.
Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari
beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan.
Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.."
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian
Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian
melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi
menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk
ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih,
"Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah,
walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan
sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda
menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih
dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu,
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan
pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya.
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit
berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah
pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah
ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad
tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa
sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg
sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa
ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam
menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak
menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg
Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau
tidur...
Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir
sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi
yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat
dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
"Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.
Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini
Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu
Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar
dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg
agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh
baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan
ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg
dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan
sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri
Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan
sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah
cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari
keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang
(suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang
dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang
mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh,
mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya
tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka
tahu..
"
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai
mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk.
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah .
Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamdulillah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."
Beliau
berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia
sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya
indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan
di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala.
Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari
hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu
kemuliaan...
Pernah
suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.." Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56) p/s: sungguh...berderaian air
mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
by: copy dari hamba Allah
"Ilmu itu adalah cahaya.Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia, bertindak sebagai lampu suluh penerang kehidupan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan